25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

‘Faith4Palestine’ tanda sokongan Faizal Tahir kepada Palestin

Mesti Baca

MELALUI gerakan kemanusiaan yang ditubuhkannya, IamFaithmen dan syarikat rakamannya, Faithful Music, penyanyi terkenal Faizal Tahir bakal menganjurkan Faith4Palestine.

Faith4Palestine ialah acara amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan Palestin dan sebagai tanda menzahirkan solidariti rakyat Malaysia bersama dalam isu ini.

Acara amal ini akan menampilkan persembahan akustik oleh Faizal Tahir dan artis jemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi miliknya.

Faith4Palestine dijadualkan berlangsung pada 12 November, Ahad ini di Royale Chulan, Damansara dari jam 2 petang hingga 4 petang. 

Faizal berkata, ini bukanlah acara hiburan semata-mata kerana turut diadakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama Cinta Gaza Malaysia dan juga bidaan barangan peribadi miliknya.

“Faith4Palestine adalah satu usaha untuk membantu keluarga kita yang sekarang ini sangat memerlukan bantuan dan perhatian.

“Semoga yang hadir mendapat sesuatu yang berfaedah selepas mereka pulang ke rumah,’ katanya.

Advertisements

Katanya, muzik adalah satu elemen yang penting dalam meyampaikan mesej.

“Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang saya buat membawa maksud positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti,” katanya lagi.

Objektif utama Faith4Palestine adalah untuk mendidik masyarakat tentang sejarah panjang bumi Palestin serta memberi bimbingan tentang bagaimana kita boleh membantu dalam tindakan secara kolektif.

Acara ini juga bertujuan untuk menerangkan cabaran berterusan yang dihadapi oleh rakyat Palestin dan memberi pencerahan langkah-langkah positif dalam membantu mereka di sana.

Tiket dijual pada harga RM99, dengan semua keuntungan dari kutipan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cinta Gaza Malaysia. 

Untuk pembelian tiket layari laman web www.ticket2u.com.my
atau terus ke http://t2u.asia/e/33456. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan