27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Faizal Tahir kata OK!

Mesti Baca

TIDAK pernah berhenti dan terus menghasilkan karya-karya serta lagu menarik, penyanyi terkenal Faizal Tahir tampil dengan single terbaharu berjudul Ok.

Tidak lupa meninggalkan mesej terhadap setiap lagu yang dihasilkan begitu juga dengan lagu Ok yang dicipta sepenuhnya oleh Faizal dan Ezra Kong ini.

Tidak kira apapun genre lagu yang ditampilkan pada setiap karya, Faizal berjaya memikat hati pendengar, sekali gus mencipta fenomena tersendiri.

Lagu ini dicipta bagi memupuk semangat dan motivasi di dalam jiwa pendengar dengan menasihatkan agar jangan mudah putus asa dalam perjuangan hidup.

Uniknya lagu Ok ini apabila ia mengetengahkan elemen dikir barat di dalam rentak dan produksi moden sekali gus ia kedengaran jauh berbeza daripada kebanyakan karya Faizal sebelum ini.

“Dari awal pembabitan dalam bidang seni lagi saya sentiasa ingin mencuba benda baharu. Bagi saya, versatiliti itu penting. Dalam dunia seni, versatiliti membolehkan anda bereksperimentasi dengan pelbagai aspek kreativiti,” katanya.

Apa yang pasti, eleman muzik dan bunyi yang dipersembahkan dalam lagu Ok seakan memberi isyarat yang mana muzik Faizal juga berubah secara perlahan-lahan.

“Faktor umur dan pengalaman banyak memainkan peranan, dan membuatkan muzik saya banyak juga berubah,” katanya.

Advertisements

Sama seperti kebanyakan lagu sebelum ini antaranya Ragaman dan Santai, bait liriknya sarat dengan mesej berguna dan juga berunsur nasihat.

Buktinya, penerimaan peminat terhadap karya sebegitu sangat bagus.

“Alhamdulillah. Itulah tanggungjawab saya sebagai anak seni. Apa yang paling penting adalah peringatan kepada diri sendiri terdahulu.

“Jadi, keunikan single ini juga adalah mesej yang ingin disampaikan. Muzik tetap muzik, kita boleh berikan pelbagai jenis yang sedap didengar, tetapi apa yang penting, mesej yang ingin disampaikan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Faizal bakal menjayakan konsert solo pertamanya Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang dibawakan oleh Allianz Malaysia Berhad, pada 2 September ini di Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

“Insya-Allah, lagu Ok ini akan saya nyanyikan pada konsert nanti. Tapi akan ada lagu lama yang diberi nafas baharu,” katanya.

Lagu Ok sudahpun dilancarkan secara rasmi pada 11 Ogos lalu dan boleh didengar di semua platform muzik digital.

Sementara itu, Video Muzik Lirik pula juga boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan