28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Pemilihan Pengarah JSJ tidak dibuat secara ‘tangkap muat’ – KPN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMILIHAN jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman tidak dibuat secara ‘tangkap muat’ sebaliknya melalui tapisan tertentu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, terdapat beberapa lagi nama pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dicadangkan untuk mengisi jawatan tersebut.

Beliau berkata, pemilihan jawatan tersebut diuruskan oleh Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim.

“Kemudian, nama Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dipilih oleh saya dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, untuk dihantar kepada Menteri Dalam Negeri.

“Pemilihan pegawai kanan untuk menjawat jawatan itu bukan sekadar mengira pengalaman, seniority dan usia, tetapi juga membabitkan soal integriti,”katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Bukit Aman, Kuala Lumpur, dimulakan dengan pemakaian lencana oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain kepada Mohd Shuhaily.

Mohd Shuhaily secara rasmi mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menggantikan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis pada 23 Jun lalu.

Advertisements

Dengan pelantikan itu, Razarudin mengharapkan Mohd Shuhaily akan dapat memimpin pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, ke arah kecemerlangan dan meningkatkan momentum yang sedia ada.

“Saya sangat berharap dan yakin beliau akan memberi komitmen dan momentum yang sama atau lebih untuk kebaikan JSJ khususnya dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) amnya,”katanya.

Dalam masa yang sama, Razarudin berkata, Pengarah JSJ baharu itu akan berdepan dengan cabaran jenayah komersil yang kini seiring dengan teknologi canggih.

“Kalau kita lihat jenayah akan datang,  jenayah baru lebih kepada komersil iaitu scammer  tapi ada juga jenayah menggunakan AI (teknologi kecerdasan buatan). Itulah cabaran-cabaran yang perlu ditanganinya termasuk perkhidmatan dalam PRDM yang bertunjangkan tata kelola yang baik dan berintergriti,” ujarnya.

Mohd Shuhaily sebelum ini  bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur sejak 15 Mei lalu.

Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur bakal diambil alih Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Allaudeen Abdul Majid dengan memangku pangkat Komisioner Polis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan