32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Harvast terima Anugerah Inovator Baharu MCY 2023

Mesti Baca

TEKNOLOGI Harvast telah menerima Anugerah Inovator Baharu dan membawa pulang wang tunai RM130,000 sempena Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2023.

Bertemakan Supercharge Your Way to Impact, anugerah itu berlangsung pada 3 dan 4 Ogos yang lalu.

Produk Harvast ialah penggalak fotosintesis pertama di pasaran. Inovasi ini telah dikomersialkan oleh syarikat pemula UPM di bawah program Innohub iaitu Qarbotech Sdn Bhd.

Idea menghasilkan Harvast ini tercetus daripada sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Prof Ts Ir Dr Suraya Abdul Rashid dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan (FK), yang juga Timbalan Pengarah Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) untuk menghasilkan penggalak fotosintesis yang dijenamakan sebagai Harvast Photosynthesis Enhancer.

Menurutnya, Harvast adalah formulasi istimewa menggunakan teknologi nano, mengandungi bahan aktif dikenali sebagai carbon quantun dots (CQD) yang diadun sebagai solusi mudah bagi meningkatkan kadar fotosintesis.

Ia sekaligus memberi kesan positif terhadap tumbuhan dalam meningkatkan kadar pembesaran serta menyingkatkan tempoh tuaian.

“Fotosintesis diketahui sebagai proses yang tidak efisien, dengan hanya menukarkan sekitar dua hingga empat peratus tenaga cahaya kepada tumbesaran tumbuhan.

“Keunikan sifat photoluminescent CQD yang hampir sama dengan klorofil, iaitu pigmen hijau bersaiz kurang daripada 10nm (nano) meter dapat membantu kadar fotosintesis tumbuhan.

Advertisements

“Harvast disembur ke atas dedaunan, bahan aktif akan menembusi daun dan berinteraksi dengan kloroplas yang mengandungi klorofil.

“Interaksi ini membantu di dalam mekanisma pemindahan elektron fotosistem daun yang seterusnya meningkatkan kadar fotosintesis.

“Untuk pokok yang besar dan tidak praktikal untuk disembur, daun dapat dicapai melalui sistem akar,” katanya.

Beliau berkata, teknologi baharu ini juga menghasilkan CQD melalui proses hijau, mudah dan boleh diskala besarkan mengikut saiz perusahaan tanaman.

Harvast dibangunkan bermula pada tahun 2015 ini menyasarkan jualan kepada pekebun rumah, peminat tumbuhan serta pemain industri pertanian serta holtikultur.

Ia sesuai digunakan bagi mereka yang tinggal di rumah pangsa, kondominium atau mempunyai ruang laman yang terhad.

Disebabkan aktiviti bercucuk tanam yang lebih terhad, Harvast dapat membantu memudahkan aktiviti tanaman ini.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan