33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pamer kertas undi: Polis panggil Sanusi beri keterangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS akan memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk dirakam keterangan kerana mempamerkan kertas undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata semua pihak perlu memberi peluang kepada polis untuk menyiasat kes ini.

“Polis akan panggil Muhammad Sanusi untuk dirakam percakapan dan siasatan dijalankan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Kita akan menyiasat, bagi peluang polis siasat dulu, ambil keterangan dan semua (proses). Kalau tidak ada kesalahan, tidak adalah.

Advertisements

“Polis tidak akan menganiayai sesiapa dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, hari ini.

Razarudin berkata, bagi membuat pertuduhan, ia bukan diputuskan pihaknya, tetapi polis akan membuat cadangan kepada Peguam Negara selepas melihat keterangan.

“Kita juga takkan hendak memandai tambah keterangan dan terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk tuduh atau tidak,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Sanusi didakwa menayangkan kertas undi kepada petugas media yang membuat liputan ketika beliau menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sik, Kedah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan