29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Pelajar tingkatan tiga dipukul kerana berebut ‘awek’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA berebut teman wanita, seorang pelajar tingkatan tiga dipukul sekumpulan remaja di sebuah kawasan rekreasi di Taman Bestari Indah, Johor Bahru pada 9 Ogos lalu.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 4.09 petang daripada mangsa yang berumur 15 tahun.

Katanya, pihaknya turut mengesan video kejadian yang berdurasi 59 saat, tular di Facebook.

“Pengadu dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian depan badan termasuk perut, belakang badan, pahan dan kedua-dua lengan.

“Ia dilakukan enam kanak-kanak lelaki waga tempatan dan seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia antara 14 hingga 17 tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Advertisements

Raub berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah membuat serbuan di enam lokasi berbeza di sekitar Johor Bahru.

Katanya, hasil serbuan, polis berjaya menangkap kesemua tujuh suspek serta membuat rampasan sehelei jersi berwarna buru, tiga t-shirt lengan panjang berwarna biru gelap, sehelai t-shit lengan pendek warna hitam dan satu telefon bimbit.

“Ketujuh-tujuh suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan