29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Maknyah’ Surabaya terkejut diziarahi Ebit Lew

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew berkongsikan ziarah mengejutnya ke lorong gelap di Surabaya, Indonesia bagi bertemu golongan transgender atau ‘maknyah’ kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Perkongsian bergambar baik dari penampilan mencolok mata hingga bertukar bersarung t-shirt berkenaan dikongsikan dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

“Pukul 12 malam tadi saya ziarah transgender atau maknyah yang bekerja di lorong gelap di Surabaya. Sebaik saya sampai saya beri salam dan berbual tanya khabar dan dakwah iman pada mereka. Mereka kata eh, ini Ebit lew yer? Yang suap anak Punk makan yer? macam mimpi jumpa di sini.

“Berbual sekejap nampak ada yang sebak walau di lorong gelap disitu. Ada yang semenjak 14 tahun dah kerja di lorong sehingga sekarang. Ada yang menyara ibu lumpuh. Macam-macam kisah di sebalik mereka,” katanya, hari ini.

Ebit menyatakan dia mengambil kesempatan berkenaan untuk menceritakan mengenai kasih-sayang Allah.

“Saya cerita Allah sayang kita beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana. Saya dan kita sama-sama berusaha untuk akhirat. Jaga solat dan ibubapa serta menjauhi yang haram.

Antara golongan transgender yang ditemui Ebit Lew di Surabaya, Indonesia. – Sumber: FB Ebit Lew

“Mereka tanya pasal solat dan lain-lain. Doa-doa. Saya terus kata malam ni semua cuti boleh. Saya nak belanja makan di hotel serta boleh tanya apa sahaja.

“Mereka gembira untuk ikut. Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka. Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah dan melaksanakannya,” kongsinya.

Menurut Ebit, perkongsian berkenaan mula membuka hati golongan berkenaan untuk mencari rezeki secara halal.

“Ada yang kata bagaimana ye nak mula cari rezeki yang halal. Nak dekat dengan Allah. Rindu pada Allah. Meninggalkan yang haram.

“Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang. Walau sekejap terasa rapat dan macam kawan-kawan,” katanya.

Menurut Ebit, dia berasa lega dapat berkongsi ilmu, nasihat dan kasih sayang.

“Mereka kata kami dah lama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup di layan begini dan dinasihati begini. Kami berkongsi nasihat dan belajar solat sampai dekat Subuh. Khusuk dan tekun mereka mendengar.

Menurutnya, golongan berkenaan juga ada menyatakan harapan agar dia datang lagi menjenguk mereka.

“Ramai kawan kami yang lain ingin berjumpa ustaz. Semoga Allah terima dan jadikan asbab kebaikan dan hidayah,” kongsinya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan