24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Cisco tawar pakej teknologi khas untuk PKS

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Cisco Malaysia menawarkan pakej penyediaan teknologi menerusi program pembiayaan baharu khusus untuk perusahan kecil dan sederhana (PKS).

Menerusi pakej tersebut, para usahawan yang terjejas dengan pandemik COVID-19 dapat melengkapkan teknologi yang diperlukan serta meningkatkan semula perniagaan masing-masing.

Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Albert Chai berkata, mulai bulan ini, PKS boleh mendapatkan mana-mana produk teknologi Cisco termasuk perisian, perkakasan dan perkhidmatan dengan kadar faedah 0 peratus serta tanpa kos pendahuluan.

“PKS juga bakal menikmati pajakan pembayaran penuh selama 3 tahun, merangkumi bayaran bulanan tetap selama 36 bulan untuk pembelian daripada Cisco yang bernilai antara RM85,600 hingga RM1.28 juta.

Advertisements

“Selepas tempoh kontrak tamat, mereka dapat memiliki peralatan Cisco tersebut sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tawaran tersebut seiring dengan langkah Malaysia melonggarkan langkah kawalan COVID-19 serta membuka semula ekonomi.

Ini sekali gus bakal menyaksikan pelbagai sektor ekonomi kembali beroperasi dengan norma baharu selain mengambil inisiatif untuk menerapkan teknologi dan digitalisasi sebagai strategi utama perniagaan.

“Program pembiayaan Cisco ini menawarkan keupayaan tersedia untuk menjamin operasi perniagaan serta pembayaran yang jelas membolehkan PKS memelihara sumber kewangan mereka untuk keutamaan lain,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan