31 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Bayi genggam peranti IUD ibu sejurus dilahirkan

Mesti Baca

HANOI – Hasrat sepasang suami isteri di Vietnam melaksanakan kaedah perancang keluarga tidak kesampaian selepas wanita itu melahirkan anak ketiga mereka baru-baru ini.

Ironinya, bayi lelaki itu dirakam menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya bagi mencegah kehamilan sejurus dia dilahirkan.

Mail Online melaporkan, wanita berusia 34 tahun tersebut dikatakan menggunakan peranti perancangan keluarga (IUD) itu kira-kira dua tahun lalu.

Peranti itu dilaporkan keluar serentak bersama bayi lelaki berkenaan namun secara berasingan.

SEORANG bayi lelaki menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya bagi mencegah kehamilan. -foto MAIL ONLINE

Menurut laporan VN Express, selepas dilahirkan, barulah bayi itu menggenggam kontraseptif berkenaan.

Pakar obstetrik Hospital Antarabangsa Hai Phong, Tran Viet Phuong berkata, selepas melihat bayi itu dilahirkan, dia tertarik dengan telatahnya memegang peranti berkenaan.

“Saya tidak menyangka gambar ini akan menarik perhatian orang ramai,” katanya.

Viet Phuong berkata, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah daripada kedudukan asalnya.

Fungsi IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur. – Agensi

Wartawan

Terkini

Izinkan pemulihan segera Malaysia, pesan Najib

RAKYAT diminta izinkan pemulihan segera Malaysia biarpun adanya perasaan benci terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu...

Lagi Artikel Berkaitan