34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lambang ‘Dacing’ masih relevan – Pemuda UMNO

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Lambang Dacing atau BN (Barisan Nasional) masih lagi relevan untuk digunakan dan wajar dikekalkan parti itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berdasarkan undian yang diadakan sejak Isnin, sebanyak 68,200 peserta mengambil bahagian.

Katanya, 80 peratus daripada pengundi atau 54,560 setuju lambang BN masih relevan dan wajar dikekalkan ketika baki selebihnya percaya lambang itu perlu dijenamakan semula.

“Jadi tak betullah (pihak) yang mendakwa UMNO-BN sudah tidak laku,” tulis beliau dalam akaun Facebook miliknya.

Asyraf Wajdi sejurus tamat Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini mengelolakan undian di akaun Facebook miliknya yang meminta netizen memilih sekiranya lambang BN masih lagi relevan atau sebaliknya.

Undian diadakan berdasarkan keputusan terbaharu PRK Chini dan beberapa siri PRK sebelumnya.

Advertisements

Keputusan PRK Chini menyaksikan calon BN, Mohd Sharim Md Zain, meraih 13,872 undi, mengatasi dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli, masing-masing memperoleh 1,222 dan 137 undi.

Ini menyaksikan Mohd Sharim memperoleh majoriti besar 12,650 undi sekali gus mempertahankan kerusi BN di kawasan itu.

Malah, kedua-dua calon Bebas hilang deposit kerana gagal memperoleh lebih daripada 1/8 jumlah undi yang diterima oleh calon-calon yang bertanding.

Ini merupakan kemenangan keenam buat BN daripada 11 PRK yang diadakan selepas PRU14 pada 9 Mei 2018.

BN sebelum ini menang di Parlimen Cameron Highlands, DUN Semenyih, DUN Rantau, Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Kimanis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan