26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kesihatan terjejas, Shinzo Abe letak jawatan

Mesti Baca

TOKYO – Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat, Shinzo Abe secara rasmi mengesahkan peletakan jawatannya hari ini selepas bergelut dengan masalah kesihatan.

Menurutnya, kesihatan beliau mula merosot sejak pertengahan bulan lalu dan tidak mahu faktor itu menjejaskan pentadbiran kerajaan.

“Saya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media hari ini.

Abe,65, yang dipetik AFP mendedahkan, beliau menderita penyakit radang usus kronik atau UC (ulcerative colitis).

Beliau katanya sudah menerima rawatan baharu untuk penyakit itu yang perlu dilakukan secara berkala, sekali gus tidak memberinya waktu mencukupi untuk melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri.

Advertisements


Timbalan beliau, Taro Asi dijangka memangku jawatan berkenaan, namun pengumuman pengunduran pemimpin itu akan mencetuskan persaingan untuk merebut jawatan itu dalam kalangan ahli Parti Demokratik Liberal (LDP).


Tahun lalu, Abe muncul sebagai Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat sejak memegang jawatan itu sejak 2012.

Abe ketika memegang jawatan Perdana Menteri pada akhir September 2006, pernah secara tiba-tiba mengundurkan diri daripada jawatannya pada 2007, kerana dilaporkan mengalami komplikasi berkaitan usus.


Jurucakap rasmi kerajaan, Yoshihide Suga memaklumkan beliau bertemu Abe dua kali sehari dan pemimpin itu tidak menunjukan sebarang indikator bahawa beliau dalam keadaan kurang sihat.


Seorang lagi ahli veteran LDP, pula memberitahu, beliau tidak dapat membayangkan pemimpin itu berundur.

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan