25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Azmin wakili PM ke upacara pengebumian Shinzo Abe di Tokyo

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke upacara pengebumian negara untuk mendiang Shinzo Abe pada 27 September.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, turut mengiringi bersama ke upacara yang berlangsung di Nippon Budokan, Tokyo itu adalah pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

Turut dijadualkan berlangsung ialah pertemuan ringkas bagi menyampaikan ucapan takziah kepada isteri Abe, Akie Abe di Istana Akasaka.

Pada 13 Julai 2022, Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri telah menandatangani buku takziah penghormatan di Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur.

Abe sebelum ini memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan hubungan dua hala termasuk mengukuhkan lagi Dasar Pandang ke Timur (DPT). – BERNAMA

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan