31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024

Azmin dilantik SUA Bersatu, Tun Faisal Ketua Penerangan

Mesti Baca

BAGAI jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang menimpa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris.

Setelah cubaannya menduduki salah satu kerusi Naib Presiden Bersatu tidak menjadi kenyataan, jawatannya sebagai Ketua Penerangan pula digugurkan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya mengumumkan pelantikan bekas Timbalan UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sebagai Ketua Penerangan Bersatu yang baharu.

Sebelum ini, Razali yang dianggap the giant killer setelah menumbangkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di DUN Kijal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu tahun lalu, menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden.

Ini susulan keputusan Muhyiddin agar jawatan tertinggi tidak dipertandingkan bagi menjaga keharmonian parti.

Sementara itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak bertanding sebarang jawatan dalam Pemilihan Agung Bersatu tempoh hari diberi peranan sebagai Setiausaha Agung.

Advertisements

Bekas Timbalan Presiden PKR itu menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang diberi laluan oleh parti untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden tanpa sebarang pertandingan.

Dalam pada itu Datuk Seri Rina Mohd Harun yang menarik diri pada saat akhir daripada mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Bersatu pula dilantik sebagai Bendahari Agung.

Dalam pemilihan lalu, Rina yang menggantikan Datuk Mohamed Salleh Bajuri, memberi laluan kepada Datuk Mas Ermieyati Samsuddin untuk menerajui Srikandi Bersatu.

Muhyiddin berkata, semua pelantikn tersebut akan berkuatkuasa mulai 30 November.

“Saya berdoa agar mereka yang dilantik akan menjalankan tugas-tugas yang termaktub di dalam Perlembagaan Bersatu dengan amanah, cekap dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Hamzah, Mohamed Salleh dan Razali atas khidmat bakti mereka kepada parti sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Banjir: PMC utamakan kesihatan pesakit sedia ada, kakitangan

PUTRA Medical Centre (PMC) Alor Setar, Kedah memperkukuh komitmen terhadap servis komuniti dengan memberi keutamaan kepada pesakit dalaman dan...

Lagi Artikel Berkaitan