30.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Bekas PM Jepun Shinzo Abe ditembak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dilaporkan ditembak ketika sedang berucap pada satu majlis di bandar Nara, barat Jepun, pada Jumaat.

Menurut laporan beberapa agensi berita antarabangsa, Abe, 67 tahun, rebah dalam keadaan berdarah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Media melaporkan, kedengaran bunyi seperti tembakan ketika kejadian dan seorang suspek lelaki telah ditahan di lokasi sama.

Seorang wartawan stesen penyiaran NHK yang berada di lokasi berkata, mereka mendengar bunyi dua das tembakan berturut-turut ketika Abe sedang berucap.

Menurut Kyodo News, Abe berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami serangan jantung.

Advertisements

Mengesahkan insiden tersebut, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirozaku Matsuno dilaporkan berkata, kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi waktu tempatan.

Katanya, Abe berada di Nara sebagai sebahagian program kempen pilihan raya yang dijadual berlangsung pada Ahad (10 Julai).

Menurutnya, keadaan Abe masih belum dapat dipastikan ketika ini dan Kerajaan Jepun sedang menyelaras tindak balas, susulan insiden tersebut.

“Kesemua anggota Kabinet yang sedang berkempen, atau membantu kempen tersebut, diarahkan pulang ke Tokyo dengan segera.
“Keganasan seperti ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibenarkan,” tegasnya lagi.

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan