28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM zahir takziah pemergian Shinzo Abe

Dilaporkan Shinzo Abe masih dalam keadaan kritikal.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada Kerajaan dan rakyat Jepun di atas pemergian Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Abe dilaporkan ditembak ketika sedang berucap pada satu majlis di bandar Nara, barat Jepun hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Abe telah memainkan peranan yang penting dalam hubungan erat antara Malaysia dan Jepun, serta merupakan pendukung utama Dasar Pandang ke Timur.

“Saya berharap agar keluarga mendiang dan seluruh rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan dalam suasana sedih serta pilu ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Abe, 67, disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kyoto.

Terdahulu, seawal insiden berkenaan, Ismail Sabri mewakili Kerajaan Malaysia mendoakan Abe segera pulih seperti sedia kala.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook menyatakan menerima perkhabaran yang amat mengejutkan tentang mantan Perdana Menteri Jepun, itu yang dilaporkan ditembak ketika sedang berucap pada satu majlis di bandar Nara, barat Jepun hari ini.

“Pada Mac lalu, saya baru sahaja menerima lawatan beliau ke Malaysia bagi memperingati ulang tahun diplomatik ke 65 Malaysia-Jepun dan ulang tahun ke 40 ‘Dasar Pandang Ke Timur’ dalam satu majlis makan malam.

“Berita tentang kejadian ini amat mendukacitakan. Beliau kini telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan. Dilaporkan Shinzo Abe masih dalam keadaan kritikal.

“Saya mewakili Kerajaan Malaysia mendoakan Shinzo Abe segera pulih seperti sedia kala,” katanya hari ini.

Terdahulu, menurut laporan beberapa agensi berita antarabangsa, Abe, 67 tahun, rebah dalam keadaan berdarah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Media melaporkan, kedengaran bunyi seperti tembakan ketika kejadian dan seorang suspek lelaki telah ditahan di lokasi sama.

Mengesahkan insiden tersebut, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirozaku Matsuno dilaporkan berkata, kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi waktu tempatan.

Katanya, Abe berada di Nara sebagai sebahagian program kempen pilihan raya yang dijadual berlangsung pada Ahad (10 Julai).

-EDISI9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan