26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Tak pakai pelitup muka, pertimbang kuat kuasa Akta 342 – KJ

Khairy mengingatkan, orang ramai untuk terus secara sukarela mengamalkan langkah pencegahan dengan memakai pelitup muka di tempat awam.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) kini mengesan kecenderungan orang ramai yang dilihat sudah mula untuk tidak memakai pelitup muka.

Menterinya, Khairy Jamaluddin mengingatkan orang ramai untuk terus mengamalkan langkah pencegahan berkenaan dalam usaha melindungi diri dari dijangkiti Covid-19.

“Saya nak ingatkan premis tertutup masih wajib (pakai  pelitup muka)… cuma sejak 17 April lalu, kita (KKM) sudah tidak lagi mengeluarkan notis kompaun sebab kita telah membuat keputusan selari dengan fasa peralihan endemik.

“Kita mengutamakan pemerkasaan komuniti dan tanggungjawab individu… tidak lagi penguatkuasaan undang-undang, namun sekiranya kes terus meningkat dengan mendadak, KKM tidak menolak untuk menguatkuasakan semula  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kepada individu yang enggan,” katanya dalam satu Sidang Media secara langsung dari Parlimen Malaysia hari ini.

Khairy berkata demikian susulan peningkatan kes di negara ini serta jangkaan mengenai kemungkinan gelombang keempat Covid-19 melanda negara tidak lama lagi.

Malah, Khairy menjangkakan kehadiran subvarian Omicron BA.5 di Malaysia dan kes harian dijangka bertambah.

Semalam kes jangkitan baharu COVID-19 melepasi angka 4,000 apabila sebanyak 4,020 kes direkodkan setakat tengah malam tadi.

Advertisements

Dalam pada itu, Khairy mengingatkan, orang ramai untuk terus secara sukarela mengamalkan langkah pencegahan dengan memakai pelitup muka di tempat awam.

“Saya masih lagi dengan solidariti komuniti, pemerkasaan individu untuk memakai pelitup muka kecuali sewaktu memberi ucapan, makan dan mengambil gambar.

Malah menurutnya, KKM juga tidak mahu mengambil tindakan drastik sehingga terpaksa mengeluarkan notis kompaun.

Ketika diminta mengulas lanjut, Khairy menyatakan Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah berjanji tiada lagi perintah kawalan pergerakan (PKP) dan langkah-langkah yang menjejaskan kesejahteraan ekonomi.

“… lebih-lebih lagi dalam keadaan cabaran ekonomi sangat meruncing disebabkan faktor global.

“Langkah-langkah pencegahan semua ada pada kita… sama ada vaksinasi, rawatan antiviral dan langkah-langkah keselamatan awam yang saya ingatkan tadi dapat diamalkan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan