Thursday, July 23, 2026

Satu kes positif Covid-19 babitkan mangsa banjir di Baling

Tiga kontak rapat yang dikenal pasti turut diasingkan di pusat pemindahan sementara (PPS) khas.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan satu kes positif Covid-19 membabitkan mangsa bencana banjir yang melanda daerah Baling, Isnin lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo berkata, individu yang positif Covid-19 kategori dua itu sudah diasingkan di wad isolasi Hospital Baling.

Selain itu menurutnya, tiga kontak rapat yang dikenal pasti turut diasingkan di pusat pemindahan sementara (PPS) khas.

“Semua kontak rapat berkenaan tidak bergejala dan didapati negatif melalui ujian RTK-Ag.

“JKN turut menjalankan pemantauan terhadap penyakit berjangkit dalam kalangan penduduk yang terbabit terutamanya Covid-19, penyakit seakan Influenza (ILI), leptospirosis, cirit-birit dan penyakit bawaan makanan dan air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Othman berkata, pihaknya juga menggerakkan Pasukan Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial yang membuat penilaian respons psikososial di lapangan serta memberi bantuan kecemasan psikososial kepada mangsa banjir yang terkesan.

“Bencana alam ini juga berisiko memberikan kesan kepada kesihatan mental penduduk yang terkesan.

“Pasukan ini akan terus memantau tahap kesihatan mental mangsa dan petugas dari semasa ke semasa.

“Kami menasihati mereka yang mengalami masalah seperti tekanan, keresahan dan kemurungan ekoran bencana untuk hadir ke klinik berdekatan bagi mendapatkan bantuan sokongan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan