23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Jemaah haji terkandas: Idris gesa siasatan terperinci

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melahirkan rasa kecewa susulan insiden jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Khamis.

Menerusi satu kenyataan media, beliau turut meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan membawa pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit ke muka pengadilan.

“Saya mengambil maklum berkenaan isu bakal jemaah haji yang terkandas di KLIA dan Hotel Movenpick KLIA melibatkan hampir 400 orang.

“Saya juga telah dimaklumkan beberapa laporan polis telah dibuat terhadap perkara ini dan tindakan pihak juga telah dimulakan bagi proses siasatan.

“Saya melahirkan rasa kecewa mengenai insiden yang tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia melibatkan urusan Rukun Islam yang perlu dipandang berat oleh semua umat Islam, termasuklah pihak agensi yang menguruskan jemaah haji,” jelasnya.

Baca juga:   Latif Romly, Mun Yee atlet terbaharu bergelar Datuk

Pada masa sama, Idris turut mengingatkan agar umat Islam berwaspada dan mendapatkan nasihat yang tepat daripada pihak Tabung Haji meskipun menggunakan khidmat agensi swasta untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Saya juga meminta siasatan terperinci dapat dilakukan oleh pihak berkuasa. Sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan, pihak yang terbabit perlulah dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua pihak agar tidak berulang lagi kes sedemikian.
“Saya meminta agar rakyat Malaysia terutamanya umat Islam perlu berwaspada dan berhati-hati dalam kes seperti ini dan sentiasa mendapatkan nasihat yang tepat daripada pihak Tabung Haji walaupun menggunakan khidmat agensi luar untuk mengerjakan haji,” jelasnya lagi.

Baca juga:   Aerotrain KLIA dinaik taraf untuk tingkat kecekapan

Mengulas lanjut, tambah Idris, beliau turut memohon pihak jemaah haji yang terkandas serta seluruh keluarga agar tabah dengan dugaan itu.

“Saya memohon kepada pihak yang teraniaya dan seluruh keluarga yang terlibat agar tabah dan terus mengambil peluang pada Hari Arafah, untuk bermunajat dan memanjatkan doa bagi mendapatkan keredaan Allah, walaupun tidak dapat hadir menunaikan haji di Tanah Suci Mekah,” katanya lagi.-Edisi 9

Terkini

MBM sokong kenyataan PM gelar Israel sebuah negara Aparteid

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyokong sepenuhnya kenyataan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)...

Lagi Artikel Berkaitan