28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Wawancara Asia Times mesti dilihat ‘in totality’ – Tok Mat

Wawancara itu tidak seharusnya dilihat secara ‘piecemeal’ dan terpisah-pisah sehingga ianya memberi gambaran yang tidak tepat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan wawancara beliau dengan Asia Times yang berpengkalan di Hong Kong baru baru ini mesti dilihat dalam konteks keseluruhan atau ‘in totality’.

Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu juga menyatakan, wawancara itu tidak seharusnya dilihat secara ‘piecemeal’ dan terpisah-pisah sehingga ianya memberi gambaran yang tidak tepat.

“Sangatlah penting untuk saya menegaskan bahawa konteks keseluruhan temubual tersebut ialah penegasan saya bahawa setiap orang yang dituduh berhak menerima penghakiman yang adil tanpa sebarang konflik kepentingan serta pengampunan di bawah undang-undang Malaysia hanya akan diberi selepas seorang tertuduh telah mula menjalankan hukuman.

“Segala yang di luar konteks tersebut hanya memberi gambaran negatif kepada Dato’ (Datuk) Sri Najib dan diri saya serta dijadikan bahan propaganda musuh politik UMNO,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Malah beliau juga menyatakan tidak lagi berhasrat untuk mengulas perkara berkenaan dan keseluruhan fokus beliau ialah menyediakan parti untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 15.

Advertisements

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan laporan berita bertajuk “Umno’s No 2 thinks Najib should go to jail” disiarkan oleh laman berita antarabangsa Asia times.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mempertahankan Mohamad yang didakwa mengatakan bekas perdana menteri Najib Razak patut dipenjarakan seperti dilaporkan Asia Times.

Menurut Isham, penafian Mohamad mengenai perkara itu adalah wajar kerana tiada satu pun bahagian temu bualnya dengan Asia Times ada mengatakan Najib bersalah dan patut masuk penjara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan