26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Rakyat Malaysia positif cacar monyet di Singapura

KKM sudah mengadakan siasatan terhadap individu itu yang memberi kerjasama secara sukarela maklumat mengenai kontak rapat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes cacar monyet membabitkan seorang rakyat Malaysia yang menetap di Singapura 6 Julai lalu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, lelaki berusia 45 tahun itu berada di Johor Bahru pada 11 dan 12 Jun dan di Pulau Pinang pada 17 Jun hingga 20 Jun lalu untuk melancong.

Menurutnya, pada 2 dan 3 Julai, lelaki berkenaan sekali lagi ke Johor Bahru dan sudah mempunyai gejala pada waktu itu.

“Justeru, KKM sudah mengadakan siasatan terhadap individu itu yang memberi kerjasama secara sukarela maklumat mengenai kontak rapat.

“Setakat ini terdapat 15 kontak rapat dikenal pasti yang 14 daripadanya adalah kontak kasual yang berisiko rendah untuk mendapat jangkitan cacar monyet kerana tidak bergejala,” katanya dalam satu sidang media secara langsung dari Parlimen Malaysia hari ini.

Ujar Khairy lagi, seorang kontak rapat sudah dikenal pasti Kementerian Kesihatan Singapura dan sedang menjalani kuarantin di negara itu.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, 14 orang kontak kasual itu sudah dimaklumkan untuk melakukan ujian saringan kesihatan kendiri untuk melihat kepada gejala dan perlu datang segera ke fasiliti kesihatan jika bergejala.

“KKM terus memantau untuk memastikan tidak ada jangkitan berlaku daripada mereka atau orang lain yang menjadi kontak rapat kepada individu terbabit.

Menurutnya, KKM akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Singapura dalam melengkapkan siasatan kes itu dan maklumat baru yang diperoleh akan dikongsikan Focal Point negara masing-masing.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan