32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Agensi pelancongan tipu jemaah haji ada lesen MOTAC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI pelancongan yang terbabit dalam insiden jemaah haji terkandas semalam disahkan berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Perkara itu disahkan MOTAC menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini.

MOTAC berkata, pasukan penguatkuasaannya telah memantau dan menemubual wakil syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan agensi itu akan memulangkan wang jemaah haji terkandas itu secara berperingkat selain pasport dipulangkan jika tidak mendapat penerbangan seperti yang dijadualkan.

“Jika bakal jemaah berkenaan tidak mendapatkan kembali wang seperti dijanjikan, mereka dinasihatkan membuat laporan polis di Balai Polis Main Terminal Building (MTB) KLIA atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Advertisements

“Jemaah juga diminta membuat aduan rasmi kepada pihak MOTAC melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), MOTAC di pautan https://motac.spab.gov.my dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home bagi pemulangan wang,” katanya.

Katanya, dokumen-dokumen yang perlu disertakan dalam SISPAA MOTAC adalah seperti bukti tempahan pakej, bukti pembayaran deposit, bukti pembayaran penuh, terma dan syarat seragam ke luar negara milik syarikat, salinan passport atau visa dan salinan tiket penerbangan (jika ada).

Menurutnya, mangsa juga perlu mengemukakan laporan polis dan apa-apa dokumen yang dianggap boleh membantu siasatan di peringkat kementerian.

“MOTAC akan membuat siasatan sewajarnya ke atas syarikat dibawah Seksyen 8(1)(d), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] kerana menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

“MOTAC juga akan terus memantau perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya dibawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan