30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Polis ambil keterangan lelaki panas baran pukul jemaah masjid

Mesti Baca

SEREMBAN – Polis Jempol mengambil keterangan seorang lelaki selepas sebuah video tular di media sosial menunjukkan seorang jemaah ditampar dan ditendang pada bahagian muka dalam satu kejadian di Masjid Felda Palong Tujuh di daerah itu.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, suspek berusia 60-an itu dipanggil bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kejadian pada 24 Ogos lalu itu berlaku selepas solat Isya’ ketika mangsa berusia 62 tahun berjalan di belakang suspek sambil membawa sejadah.

Bagaimanapun, sejadah mangsa terkena bahagian belakang suspek.

“Insiden itu lantas mencetuskan kemarahan suspek yang kemudiannya bangun dan terus menampar serta menendang muka mangsa

Advertisements

“Hasil siasatan, polis percaya suspek seorang yang panas baran dan sering menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan jemaah masjid serta masyarakat di tempatnya.

“Berikutan insiden itu, suspek pergi ke rumah mangsa dan memohon maaf selain mahu menyelesaikan isu dengan cara baik, tetapi ditolak keluarga mangsa,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Khairiel memberitahu, keluarga mangsa mahu pihak polis mengambil tindakan terhadap perbuatan suspek.

Klip kejadian itu tular di media sosial dan warganet melahirkan rasa kesal mereka kerana kejadian itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi di dalam masjid.

Pada masa sama, netizen turut berharap polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap suspek seterusnya mengelak kejadian serupa berulang.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan