29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Kenyataan Ku Li bersifat peribadi, bukan mewakili parti – Mahdzir

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO menyertai Muafakat Nasional (MN) dan penyertaan Ahli Parlimennya menyokong pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibuat berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, oleh sebab itu sebarang pandangan yang dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin parti itu selepas keputusan MKT UMNO dibuat, adalah pandangan peribadi semata-mata.

Justeru, menurut beliau, kenyataan dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah mengenai penyertaan Bersatu di dalam MN adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili UMNO sama sekali.

”Sebarang ketetapan yang diambil oleh UMNO dalam apa jua keputusan, haruslah melalui Biro Politik UMNO dan MKT UMNO terlebih dahulu.

“Barulah ia boleh diguna pakai untuk menggambarkan hasrat dan kerja buat parti,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Mahdzir mengulas kenyataan Tengku Razaleigh atau Ku Li bahawa Bersatu tidak lagi layak menganggotai pakatan Melayu-Islam yang didukung MN selepas parti itu menerima penyertaan bukan Melayu sebagai ahli.

Baca juga:   Pemilihan UMNO: Bukan riak, Zahid sedia dicabar
MUHYIDDIN YASSIN

Ku Li yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkata, UMNO tidak pernah menjadi anggota kerajaan PN dan hanya memberi sokongan bagi menjaga kestabilan politik negara.

“Dengan berlakunya perubahan yang diumumkan oleh Bersatu, wajar ahli-ahli UMNO yang menganggotai Kabinet sekarang berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga:   PH tak pernah bersama PM kecuali demi muslihat - Ahmad Zahid

Minggu lalu, Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya bersetuju untuk meminda perlembagaan Bersatu bagi membolehkan anggota bersekutu yang terdiri daripada bukan Melayu memegang jawatan dalam parti.

Mahdzir berkata, walaupun kenyataan Ku Li bersifat peribadi namun beliau tetap menghormati pandangan pemimpin veteran dan Ahli Parlimen Gua Musang itu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lambang PN di 4 negeri dikekalkan hadapi PRN

MESYUARAT Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kekal menggunakan lambang PN di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah...

Lagi Artikel Berkaitan