25.1 C
Kuala Lumpur
Monday, January 24, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

PM Jepun letak jawatan?

Mesti Baca

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo dijangka mengumumkan peletakan jawatannya hari ini  berikutan keadaan kesihatan beliau yang membimbangkan.

Khabar angin mengenai kesihatan Abe hangat diperkatakan berikutan beberapa ahli politik negara itu secara terbuka memaklumkan Perdana Menteri itu tidak mendapat rehat yang cukup kerana sering bekerja keras, kebelakangan ini.

BBC yang memetik NHK melaporkan, Abe, 65, dilapor mahu mengelak kerajaannya dilanda masalah berikutan kesihatannya itu.


Timbalan beliau, Taro Asi dijangka memangku jawatan berkenaan, namun pengumuman pengunduran pemimpin itu akan mencetuskan persaingan untuk merebut jawatan itu dalam kalangan ahli Parti Demokratik Liberal (LDP).


Abe yang memegang jawatan Perdana Menteri sejak 2012 sebelum ini dikatakan berdepan dengan penyakit kolitis ulseratif sejak beberapa tahun lalu.


Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi oleh Abe mahupun pejabatnya.


Abe, 65, ketika memegang jawatan Perdana Menteri pada akhir September 2006, pernah secara tiba-tiba mengundurkan diri daripada jawatannya pada 2007, kerana dilaporkan mengalami komplikasi berkaitan usus.


Jurucakap rasmi kerajaan, Yoshihide Suga memaklumkan beliau bertemu Abe dua kali sehari dan pemimpin itu tidak menunjukan sebarang indikator bahawa beliau dalam keadaan kurang sihat.


“Ia adalah terlalu awal untuk membincangkan mengenai pasca-Abe kerana beliau masih mempunyai tempoh setahun lebih untuk melepaskan jawatan itu (perdana menteri),” katanya.

Sementara itu, seorang ahli veteran LDP, pula memberitahu, beliau tidak dapat membayangkan pemimpin itu berundur.

Baca juga:   Kau ingat saya suka kata 'I told you so'? - Najib
Baca juga:   Pindaan perlembagaan Undi 18 dalam tempoh terdekat
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Setiausaha Politik Ahli Parlimen antara dua individu didakwa esok

DUA individu yang mempunyai kaitan dengan seorang Ahli Parlimen di Selangor akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok, atas tuduhan...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>