31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Padang Serai : Rakyat tak lupa dendangan lagu ‘hoi hoi ya hoi’

Pengundi Parlimen Padang Serai telah memberi mesej jelas mereka menolak gabungan PH dan BN.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“RAKYAT tentunya tidak lupa lagu PH ‘Hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun’ yang menjadi dendangan pimpinan PH sepanjang kempen PRU15 tidak lama dulu,” kata Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin.

Ini katanya, ia dibuktikan menerusi kemenangan besar calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin bagi Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi.

“Pengundi Parlimen Padang Serai telah memberi mesej jelas mereka menolak gabungan Pakatan harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Pengundi tentunya berasa mereka tertipu dalam PRU15 dengan slogan BN ‘No Anwar No DAP’ dan laungan pemimpin PH tidak akan bekerjasama dengan BN.

Advertisements

“Sekali lagi, tahniah Cikgu Man dan tahniah juga kepada seluruh jentera,”katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Radzi turut menitipkan harapan agar penyokong PN di seluruh negara untuk bersama meneruskan gelombang sokongan hebat ini.

Keputusan pilihan raya Parlimen Padang Serai semalam menyaksikan Azman yang menerima 51,637 undi, menewaskan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang meraih 35,377 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

JAIS larang premisnya diguna untuk tujuan politik kepartian

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengingatkan bahawa larangan sebarang kegiatan politik di masjid, surau dan sekolah-sekolah di...

Lagi Artikel Berkaitan