24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM terima kunjungan hormat TPM Thailand

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana, hari ini.

Delegasi lawatan khas ke Malaysia itu tiba di Seri Perdana kira-kira pukul 12 tengah hari tadi dan disambut oleh Anwar serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Perdana Menteri berkata, menerima kunjungan hormat sahabat di Seri Perdana tengah hari tadi.

“Saya turut mengambil kesempatan memperkenalkan Datuk Seri Mohamad dan Datuk Seri Saifuddin Nasution kepada beliau.

Advertisements

“Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan yang cukup baik sejak sekian lama dan saya menzahirkan harapan agar ia terus diperkasa melalui kerjasama dalam pelbagai lapangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Malaysia dan Thailand telah menjalinkan hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan malah negara Gajah Putih itu juga merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia.

Difahamkan, Anwar dan Prawit mengadakan perbincangan selama hampir dua jam dan antara perbincangan kedua-dua pemimpin tersebut adalah menyentuh mengenai insiden letupan bom mengakibatkan sebuah kereta api barang yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir pada 6 Disember lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan