26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ismail Sabri sedia dipecat asalkan tidak bersama PH

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau sedia dipecat daripada parti asalkan tidak bersama dengan Pakatan Harapan (PH).

Pendirian Perdana Menteri Caretaker itu didedahkan oleh anak perempuannya, Nina Sabrina yang berkongsi tangkap layar perbualan menerusi satu akaun Whatsapp Ketua-ketua UMNO Bahagian.

Perbualan itu didakwa membabitkan bapanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas.

“Saya sedia dipecat… tetap tidak akan bersama PH,” kata Ismail Sabri yang kemudian dibalas dengan ikon “padu” oleh Tajuddin.

Manakala Yahaya pula menyambutnya dengan kata-kata: “Yes DSIS… Biar kita semua dipecat.”

Advertisements
Tangkap layar yang tular mengenai pendirian Ismail Sabri.

Dalam sidang media hari ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan memberi amaran kepada mana-mana ahli Parlimen BN yang memenangi PRU-15 agar tidak menandatangani sebarang akuan bersumpah melainkan atas arahan Majlis Presiden.

Beliau berkata, mereka yang mengingkaran arahan tersebut akan berdepan digugurkan sebagai ahli parti dan dilucutkan kerusi Parlimen yang dimenangi dalam PRU-15 lalu.

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, tindakan itu selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan