26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PRU-15: Kesiapsiagaan agensi di bawah KDN di tahap tinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI -agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi untuk memastikan hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok berjalan lancar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya turut bersedia dengan kemungkinan berlakunya banjir di mana-mana lokasi hotspot yang telah dikenal pasti di seluruh negara pada hari pengundian berlangsung.

“Simulasi (banjir dan PRU15) telah dibuat sebelum ini dan diharap tidak timbul situasi luar jangka kerana kita mahu rakyat Malaysia keluar mengundi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai-Pegawai Kadet Imigresen Gred KP41 dan Gred KP29 hari ini.

Advertisements

Majlis perbarisan tamat latihan 193 pegawai kadet Imigresen itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hamzah berkata, pegawai-pegawai kadet itu telah menjalani latihan selama empat bulan setengah di Akademi Imigresen Malaysia berbanding kursus sebelum ini yang hanya dijalankan selama 49 hari.

“Pemanjangan tempoh latihan ini adalah untuk meningkatkan kualiti pegawai supaya mendapat pendedahan yang mencukupi. Ia bagi memastikan pegawai berupaya menghadapi cabaran yang bakal mereka hadapi nanti terutamanya dari aspek integriti,” katanya.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan