31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Pembangunan rumah generasi muda Felda perlu disambung

Kesungguhan kerajaan hendak membangunkan Felda tergendala seketika akibat pergolakan politik dan pandemik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROGRAM pembangunan perumahan generasi muda Felda yang terbengkalai perlu disambung semula.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini sejajar dengan Tawaran Perikatan Nasional PN Best yang memberi perhatian khusus kepada pembangunan warga Felda.

Beliau berkata, generasi muda Felda mempunyai potensi besar untuk dibangunkan menerusi program pembangunan modal insan yang berdaya saing.

“Tenaga kerja yang ada di tanah-tanah rancangan ini boleh dioptimumkan menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, sekali gus dapat menjana ekonomi dan pendapatan keluarga.

“Program pembangunan baharu masyarakat Felda boleh dilaksanakan menerusi projek industri hiliran perusahaan makanan atau kudapan tradisional yang menjanjikan perolehan lumayan.

“Ketika menjadi Perdana Menteri bermula Mac 2020, saya mengambil keputusan melangsaikan segala hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion menerusi terbitan sukuk jaminan kerajaan bernilai RM9.9 bilion.

Baca juga:   Muhyiddin nafi terima RM1.3 juta daripada UKSB

“Kesungguhan kerajaan ketika itu hendak membangunkan Felda bagaimanapun tergendala seketika akibat pergolakan politik selain krisis kesihatan COVID-19 sehingga memaksa saya melepaskan jawatan.

“Keadaan itu menyebabkan banyak perancangan pembangunan Felda yang sudah diatur tidak dapat diteruskan.

“Hari ini saya mengharapkan rakyat membuat pilihan tepat dengan memilih Perikatan Nasional bagi meneruskan segala perancangan pembangunan untuk Felda dan Felcra yang masih belum selesai,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menyantuni masyarakat peneroka di tiga penempatan Felda dan Felcra di Parlimen Pagoh dan Parlimen Sekijang.

Baca juga:   Suami isteri antara 4 ditahan dalang sindiket dadah

Beliau berkata, PN juga berazam memperkenalkan skim bantuan usahawan bagi menarik lebih ramai anak muda menceburi perniagaan selain menambah baik infrastruktur asas termasuk capaian internet dan rumah mampu milik.

“Menjelang pilihan raya yang hanya berbaki satu hari lagi, suka saya mengingatkan tuan puan sekalian, pilihlah kerajaan yang sedia bersama rakyat dalam waktu susah dan senang.

“Perikatan Nasional adalah yang terbaik dengan rekod pentadbiran berjaya sepanjang tempoh negara berhadapan cabaran,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Proton catat jualan 10.4 peratus melebihi prestasi 2021

PROTON Holdings Bhd (Proton) berjaya mencatat jualan sebanyak 126,682 unit setakat tahun ini iaitu 10.4 peratus lebih tinggi berbanding...

Lagi Artikel Berkaitan