31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Calon tumpu pengundi atas pagar – Ahmad Zahid

Pengundi atas pagar akan didekati oleh semua calon bertanding termasuk calon-calon bebas untuk mendapatkan sokongan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGUNDI atas pagar kini menjadi tumpuan utama dalam kalangan parti dan calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana dipercayai boleh menjadi penentu kepada keputusan dalam pilihan raya itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin pengundi atas pagar akan didekati oleh semua calon bertanding termasuk calon-calon bebas untuk mendapatkan sokongan.

“(Tetapi) saya yakin pengundi atas pagar juga mahukan kerajaan yang stabil dan mereka mahu kemakmuran di negara kita (sebagaimana ditawarkan BN),” ujar beliau seperti dilaporkan Kosmo Online.

Presiden UMNO itu bercakap kepada pemberita selepas program bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk, Perak, hari ini.

Beliau diminta mengulas proses pencalonan PRU15 semalam yang menyaksikan tiada kerusi yang menang tanpa bertanding atau pertembungan satu lawan satu sebagaimana yang pernah berlaku pada PRU sebelum ini.

Advertisements

Semalam menyaksikan seramai 1,386 calon layak bertanding bagi merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi PRU15 di seluruh negara.

Jumlah itu melibatkan 945 calon bertanding untuk 222 kerusi Parlimen iaitu meningkat hampir 28 peratus berbanding PRU14 dengan 687 calon memasuki gelanggang.

Menurut Ahmad Zahid, didapati sekurang-kurangnya berlaku pertembungan tiga penjuru dengan ada kawasan yang menyaksikan tujuh hingga 10 calon yang bertanding.

Jelasnya, ia secara langsung menunjukkan demokrasi di negara ini ‘dihidupkan’ menerusi tawaran yang dikemukakan setiap calon kepada pengundi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan