24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dua maut kereta bertembung bas ekspres

Seorang mangsa tersepit di dalam kereta manakala seorang lagi tercampak keluar kereta.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA maut apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Bendang Pauh, Pasir Mas, Kelantan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu mengorbankan dua mangsa iaitu pemandu kereta, Mohd Yusairie Osman, 38, dan penumpang hadapan, Abdul Majid Hamid, 37.

Difahamkan, pemandu bas berusia 58 tahun hanya mengalami kecederaan ringan manakala kira-kira 20 penumpang terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zulkifli Osman dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.08 pagi memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur menghala ke Pasir Mas bertembung dengan kereta jenis Toyota dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah di Kampung Bendang Pauh.

“Seorang mangsa tersepit di dalam kereta manakala seorang lagi tercampak keluar kereta.

Advertisements

“Pasukan penyelamat dari Tanah Merah bergegas membantu operasi menggunakan peralatan alat pemotong untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya hari ini.

Ujar Mohd Zulkifli lagi, kedua-dua mangsa tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 6.55 pagi,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan