25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Anak Najib terima mesej penyokong tegar PH

Datuk Mohd. Nizar Najib antara lapan calon muka baharu ditampilkan daripada keseluruhan 14 kerusi di Pahang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANAK Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nizar yang membuat penampilan pertama sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya menerima mesej daripada seorang penyokong tegar Pakatan Harapan (PH).

Mesej berkenaan dikongsikan dalam satu hantaran dalam Facebook milik bekas Perdana Menteri itu yang mempunyai 4.6 juta pengikut.

“Mesej yang diterima oleh anak Najib dari seorang yang mengaku penyokong tegar PH pada masa dahulu. Kali ini dia sokong BN pula setelah menyemak semula track-rekod BN,” kongsi hantaran berkenaan, hari ini.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reakzi netizan.

Antara perbualan dalam mesej berkenaan ialah permohonan terima kasih dan maaf kerana menjadi salah seorang yang terpengaruh dalam fitnah pembangkang sebelum ini.

FOTO: Facebook Najib Razak

Malah, pengirim mesej juga menyatakan mengubah pendiriannya daripada menyokong PH kepada Barisan Nasional (BN) demi masa depan negara.

Advertisements

Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekanantara lapan muka baharu ditampilkan oleh BN daripada keseluruhan 14 kerusi dalam PRU-15 peringkat DUN Pahang.

Bagi pengguna Facebook, Azman Talib dia mempersoalkan mengapa masih ada yang mahu menyokong PH yang pernah menghancurkan negara.

“Dalam kepala diaorg ni tak tahu apa yang difikirkan. Masih ada yang menyokong parti yang pernah menghancurkan Malaysia semasa diberi kuasa selama 22 bulan yang lepas. Satu kebaikan pun tidak nampak melainkan kehancuran ekonomi… kalau tidak nampak lagi tak tahu lah,” katanya.

Manakala bagi Fatyn Shahmir Mua berharap agar BN memenangi PRU-15.

“Semoga Barisan Nasional (BN) menang PRU ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan