Saturday, June 13, 2026

BN umum calon PRN malam ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) akan mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada malam ini.

Pengumuman itu dijangka akan dibuat Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Majlis Kerja Teringgi (MKT) UMNO bermesyuarat pada petang ini sebelum dijangka hadir bersama parti komponen lain bagi mendengar senarai calon yang bakal bertanding.

Ahmad Zahid sebelum ini memberi bayangan BN akan mengemukakan calon-calon muka baharu bagi bertanding dalam PRN bulan depan sebagai tanda semangat baharu parti.

Sementara itu, dua parti komponen, MIC dan MCA mengambil keputusan tidak meletakkan calon dalam PRN kali ini bagi memperkukuhkan parti masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

PRN kali ini akan diadakan serentak di enam negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos ini.

Selain itu, turut diadakan bersama adalah Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu (P036) selepas mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya pada 19 November lalu.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos ini.

Ini merupakan ujian pertama Pakatan Harapan (PH) dan BN sejak bekerjasama sejak PRU ke-15 (PRU-15) lalu. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan