25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

8 bulan tadbir, Kerajaan dapat kembalikan Malaysia ke landasan betul

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan sedikit demi sedikit telah berjaya mengembalikan Malaysia ke landasan kemakmuran yang betul.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia telah dicapai dalam tempoh lapan bulan selepas negara ditabdir kerajaan perpaduan.

“Kita harus kekalkan kestabilan ini, kita kukuhkan perpaduan di antara kita.

Advertisements

“Insya-Allah negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini dapat dikekalkan dan kita berusaha untuk menawan tiga lagi negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Dalam pada itu Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata, beliau begitu teruja dengan kehadiran ramai ahli dan penyokong parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Kota Raja di Seksyen 32, Shah Alam, semalam.

“Pesanan saya buat seluruh jentera parti, kita perlu bekerja lebih kuat mulai dari hari ini bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos 2023 nanti,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan