25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Warga asing bawa kayu hoki bukan serang wanita – Polis

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menafikan berlakunya insiden sekumpulan warga asing menyerang seorang wanita tempat menggunakan kayu hoki seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian berpunca daripada perebutan warga asing untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Katanya, wanita tersebut merupakan kakitangan sebuah poliklinik di Taman Prima Saujana, Kajang yang merupakan lokasi kejadian yang berlaku pada Rabu lalu.

“IPD Kajang menerima laporan daripada seorang doktor semalam yang menyatakan kedua-dua kumpulan disyaki warga Bangladesh itu hadir ke poliklinik tersebut untuk pemeriksaan kesihatan. 

“Kedua-dua kumpulan ini telah dibawa oleh dua ejen berlainan yang juga rakyat Bangladesh.

“Semasa berada di hadapan poliklinik, berlaku pertengkaran sehingga mereka membawa keluar beberapa batang kayu hoki,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Kata beliau, keadaan menjadi semakin tegang sehingga berlaku tolak menolak antara mereka dan salah seorang suspek telah masuk dalam poliklinik sehingga menyebabkan staf poliklinik menjerit dan menghalau mereka keluar.

“Punca kejadian adalah perebutan pelanggan iaitu warga asing untuk pemeriksaan kesihatan.  Siasatan juga dapati, tiada kejadian ‘warga asing serang wanita di klinik’ sepertimana tular di sosial media,” ujarnya.

Bertindak atas maklumat, katanya, Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah membuat tangkapan tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 24 hingga 32 tahun di sekitar Sentul dan Setapak, Kuala Lumpur. 

“Kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes ini telah di bawa ke Mahkamah Kajang dan dibenarkan reman selama empat hari mulai hari ini hingga 24 Julai bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dimana jika sabit kesalahan bole dihukum penjara sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Selain itu, Seksyen 233 Aka Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan