31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Bot karam: Dua ditemui, empat nelayan masih hilang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Mencari dan Menyelamat (Carilamat) menemui dua nelayan yang dilaporkan hilang semalam dalam keadaan selamat di kawasan perairan Kuala Bakam, Miri petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd. Shafie Paing berkata, kedua-dua mangsa bot karam itu adalah Mohamad Azrul Abdullah dan Muhammad Firdaus Mustaqim Roly, masing-masing berumur 35 tahun.

Ujar beliau, mereka antara enam mangsa bot nelayan yang dilaporkan hilang dipukul ombak ketika menangkap ikan pada Selasa lalu.

“Sejurus menerima aduan, Zon Maritim Miri mengatur gerak Op Carilamat terhadap dua buah bot berkenaan sejak pagi semalam.

“Hasil operasi, pasukan Carilamat telah berjaya menemui kedua-dua mangsa itu di kawasan perairan berkenaan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Op. Carilamat itu turut melibatkan agensi lain seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sarawak Coast Guard dan komuniti maritim nelayan Piasau.

Beliau berkata, misi pencarian diteruskan hari ini oleh Pasukan Hadapan Carilamat (PHC) dengan mengatur gerak aset laut dan udara bagi mengesan empat lagi mangsa.

“Mangsa yang masih hilang adalah Masni Jana, Zaidi Nawi, Anuar Amin dan Junaidi Nyaman, kesemua mereka berumur antara 43 hingga 70 tahun.

“Zon Maritim Miri mengingatkan orang awam khususnya komuniti maritim agar lebih peka terhadap ramalan cuaca.

“Selain itu mengutamakan keselamatan dengan memakai jaket keselamatan semasa berada di laut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan