27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Fahaman SiHulk sesat, diputuskan sejak Ogos 2020

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menasihati supaya umat Islam tidak terlibat dan menjauhi daripada penyebaran ajaran sesat tersebut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AJARAN dan fahaman SiHulk sebagai sesat, menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Naim Mokhtar berkata, perkara itu diputuskan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarahkan untuk bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk membenteras ajaran sesat itu.

“Seperti sedia maklum, tindakan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), pihak Jakim telah menyalurkan maklumat mengenai ajaran dan kegiatan kumpulan SiHulk kepada pihak JAIN antaranya Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan penguatkuasaan.

“Mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan kumpulan ajaran sesat berkenaan juga diminta agar segera tampil membuat laporan kepada pihak PDRM dan JAIN,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Naim, pihaknya maklum mengenai kewujudan dua video tular yang memaparkan sekumpulan individu menyokong fahaman yang dibawa oleh Suhaini bin Mohammad @ SiHulk termasuk mendakwa Nabi Muhammad itu adalah Allah.

Advertisements

Bagaimanapun katanya, setakat semalam, akaun Facebook Nurul Sakinah yang memuat naik video berkenaan tidak lagi dapat diakses.

Antara yang turut dikesan memuat naik kedua-dua video tersebut adalah Facebook yang menggunakan nama Iffat  Muhammad.

Beliau berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menasihati supaya umat Islam tidak terlibat dan menjauhi daripada penyebaran ajaran sesat tersebut.

“Mana-mana orang yang didapati terbabit dalam kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam seperti penyebaran ajaran sesat boleh dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri,”katanya.

​Katanya lagi, pihak Jakim telah diarah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri dan agensi berkaitan bagi mengadakan siri penerangan di seluruh negara berkaitan bahaya amalan dan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah kepada masyarakat.

​”Kerjasama semua pihak dalam isu-isu seperti ini dapat membantu menanganinya dengan lebih berkesan. Seterusnya dapat menjaga akidah umat Islam dari terpesong terutamanya kesan daripada tularnya fahaman yang menyeleweng melalui media sosial,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan