36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lelaki sesat panjat Bukit Broga diselamatkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang mendaki Bukit Broga di Semenyih, Selangor terpaksa meminta bantuan bomba selepas tersesat dan tidak menemui jalan keluar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa yang memaklumkan tersesat semasa melakukan pendakian.

“Bertindak atas maklumat daripada mangsa, Bomba kemudiannya telah menghantar pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih ke lokasi untuk misi mencari dan menyelamatkan mangsa.

“Sebaik kami tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi tadi, gerakan mencari mangsa, Muhammad Shariq Shoeb, 26, terus diaktifkan tanpa membuang masa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, mangsa telah mendaki bukit keseorangan dan bomba berjaya mendapatkan kedudukan mangsa yang dianggarkan berada kira-kira 550 meter dari pintu masuk ke Bukit Broga.

“Mangsa berjaya ditemui anggota bomba pada jam sekitar 8.10 pagi dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan dan berjaya diturunkan,”katanya.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan...

Lagi Artikel Berkaitan