29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Warga Singapura sesat di Hutan Simpan Panti Timur – Polis

Lelaki itu berasal dari China dan kini, warga Singapura.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warganegara Singapura dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat semasa melakukan aktiviti pendakian di Hutan Simpan Panti Timur, dekat Kota Tinggi, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, anggota Balai Polis Batu Ampat menerima laporan kehilangan mangsa, Jason Ren Jie, 30-an daripada rakan mangsa pada 3.26 petang, semalam.

Menurutnya, lelaki itu berasal dari China dan kini, warga Singapura.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Batu Ampat digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian mangsa.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Balai Bomba Kota Tinggi) serta Jabatan Perhutanan Wilayah Johor Selatan (Kota Tinggi),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata, sehingga pukul 11:30 malam tadi, mangsa masih belum dijumpai.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat dihentikan seketika kerana keadaan persekitaran terlalu gelap dan menyukarkan pencarian.

“Operasi disambung semula hari ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai yang berhasrat untuk melakukan aktiviti pendakian terutama di kawasan Hutan Simpan agar mendapatkan permit terlebih dahulu dari Pejabat Perhutanan Daerah Kota Tinggi dan memaklumkan kepada Balai Polis yang terdekat bagi mengelak kejadian sebegini berulang di terdekat bagi mengelak kemudian hari.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan