26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Kemenangan di Mahkota, Nenggiri bukan untuk dimegah – Zahid

Mesti Baca

KEMENANGAN dalam dua pilihan raya kecil (PRK) berturut-turut bukan asbab untuk Barisan Nasional (BN) mendabik dada, jauh sekali untuk berasa megah dan selesa.

Sebaliknya, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia merupakan isyarat jelas daripada rakyat untuk parti itu harus berusaha lebih kuat untuk memberikan yang terbaik demi kehidupan lebih sempurna di masa depan.

“Sesungguhnya, kemenangan ini hadir bersama amanah yang berat, sebuah tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan.

“Insya-Allah, kami akan terus memperbaiki haluan perjuangan ini, menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan untuk UMNO dan BN, Kerajaan Perpaduan dan seluruh rakyat Malaysia,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Zahid yang juga Presiden UMNO mengulas kemenangan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan majoriti 20,648 undi.

Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang memperoleh 27,995 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PM), Mohamad Haizan Jaafar yang memperoleh 7,347 undi.

BN sebelum ini vturut merekodkan kemenangan dengan merampas kerusi DUN Nenggiri, Kelantan daripada PN dalam PRK yang berlangsung pada 17 Ogos lalu.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan di Mahkota hari ini merupakan legasi jasa yang tidak ternilai Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zain, yang telah mencurahkan seluruh jiwa raga kepada DUN Mahkota.

Advertisements

“Jasanya kekal dalam ingatan dan menjadi sumber aspirasi kami untuk terus berkhidmat menyantuni rakyat di DUN ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada 35,791 pengundi DUN N29 Mahkota yang telah memberikan mandat kepada kami untuk terus menabur bakti di bumi Kluang, Johor yang tercinta ini,”katanya.

Zahid turut menzahirkan rasa terima kasih kepada seluruh jentera BN dan rakan-rakan komponen Kerajaan Perpaduan yang berkampung di Kluang.

Ini terutamanya seluruh jentera negeri Johor yang diterajui Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Pengerusi BN Negeri Johor.

“Kerjasama kukuh dan semangat juang kalian yang tinggi menjadi pemangkin kepada kejayaan ini,”katanya.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk SeriAnwar Ibrahim yang telah memberi sokongan moral.

“Saya percaya kejayaan itu menandakan penerimaan rakyat kepada tadbir urus dan kepimpinan beliau.

“Buat anakanda Syed Hussien, ingatlah bahawa budi mesti dibalas, kata perlu dikota, janji wajib ditepati. Buatlah terbaik untuk #MahkotaKita,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan