26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Mandat besar tekadkan BN terus bawa politik sederhana

Mesti Baca

MANDAT besar yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota memperkuatkan lagi tekad Barisan Nasional (BN) untuk terus membawa politik kesederhanaan bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

Malahan Setiausaha Agung BN, Datuk Dr Zambry Abd Kadir berkata, kemenangan itu juga diharap dapat menyuntik semangat parti itu membangunkan kembali seluruh potensi untuk bergerak ke hadapan.

Apa yang lebih bermakna, kata beliau, kemenangan tersebut bersempena sambutan 50 Tahun BN mampu membina kecemerlangan parti untuk mendapat keyakinan dan sokongan rakyat.

“Sesungguhnya kemenangan ini adalah merupakan satu amanah rakyat yang memberikan keyakinan kepada BN untuk terus istiqamah dalam mengangkat agenda membangunkan negara dan mesejahterakan kehidupan rakyatnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

BN menerusi calonnya Syed Hussien Syed Abdullah berjaya mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan majoriti besar iaitu 20,648 undi.

Pada PRK yang berlangsung semalam, Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang memperoleh 27,995 undi mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut bagi BN setelah berjaya merampas kerusi DUN Nenggiri, Kelantan dalam PRK bulan lalu.

PRK DUN Mahkota diadakan berikutan kematian penyandangnya, Syarifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan