26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Sri Lanka beri pengecualian fi visa 7 negara termasuk Malaysia

Mesti Baca

KERAJAAN Sri Lanka meluluskan pengecualian fi visa dari tujuh negara berkuat kuasa serta-merta sehingga 31 Mac tahun depan.

Menteri Luarnya, Ali Sabry berkata, tujuh negara terbabit ialah India, China, Rusia, Jepun, Indonesia, Thailand serta Malaysia.

“Kabinet meluluskan pengecualian itu berkuat kuasa serta-merta kepada warganegara India, China, Rusia, Malaysia, Jepun, Indonesia dan Thailand, di bawah projek perintis sehingga 31 Mac (2024),” menurut Sabry menerusi plaform X.

Advertisements

Awal bulan ini, Menteri Pelancongan Sri Lanka, Harin Fernando berkata Sri Lanka merancang memansuhkan visa ke atas pelawat dari beberapa negara antaranya China, Rusia, India, Thailand dan Indonesia.

Langkah itu bertujuan menarik lebih ramai pelancong dari negara-negara berkenaan untuk memenuhi sasaran lima juta pelancong ke Sri Lanka setiap setahun. – Agensi

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan