28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Suria FM, AC Gas sumbang RM11,000 bantu Palestin

Mesti Baca

SURIA FM dan AC Gas berbesar hati menghulurkan sumbangan sebanyak RM 11,000 kepada Tabung Bantuan Khas Palestin, kelolaan Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama organisasi Kita Fund.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), bersama wakil Pemasaran AC Gas, Mohamad Amirul Hafiz kepada Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Acara itu turut dihadiri barisan penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Shuib dan Suraya Borhan.

DJ Lin berkata, sumbangan ini adalah tanda keprihatinan Suria FM dan AC Gas ke atas bumi Gaza juga saudara Islam di sana.

Ia juga adalah satu inisiatif dalam menentang kezaliman yang sedang berlaku terhadap rakyat Palestin.

Advertisements

“Sebagai sebuah stesen radio swasta, kami akan cuba yang terbaik memainkan peranan dalam menyebarkan kesedaran juga maklumat disamping mengajak pendengar untuk turut menyokong dan membantu rakyat di sana.

“Bantuan ini bukan sahaja menunjukkan sokongan Suria dan AC Gas kepada usaha kemanusiaan di Palestin, tetapi  juga sebagai tanda sokongan terhadap usaha Malaysia yang sentiasa bersatu dalam memperjuangkan hak kemanusiaan khususnya terhadap mereka yang dizalimi dan teraniaya,” katanya.

Pertemuan bersama Siti Nuhaliza itu juga antara insiatif lain yang Suria FM cuba lakukan dalam usaha membantu dan mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk turut sama menyumbang ke Yayasan Nurjiwa.

Suria FM menyeru semua pendengar, jangan berhenti untuk terus bersolidariti demi Palestin dan teruskan berdoa semoga dapat membawa perubahan serta menghentikan kekejaman yang berlaku. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan