27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Hospital di Gaza berhadapan risiko kehabisan bahan api

Mesti Baca

ACTIONAID Palestin merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera menyalurkan bantuan bahan api ke Gaza.

Ini memandangkan hospital kini hampir kehabisan bekalan dan keadaan ini boleh mengancam nyawa pesakit, termasuk bayi dan warga emas.

“Sekurang-kurangnya 120 bayi baru lahir berada dalam inkubator, 70 daripadanya menggunakan ventilasi mekanikal, mereka kini diancam bahaya jika hospital kehabisan bahan api.

“Tanpa bantuan kritikal ini, bayi-bayi ini akan mati,” lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik kenyataan ActionAid.

Hospital Gaza kebiasaannya merawat 1,100 pesakit buah pinggang, termasuk 38 kanak-kanak dan mengendalikan 13,000 sesi dialisis setiap bulan.

Advertisements

Di Hospital Shifa, kemudahan perubatan terbesar di Semenanjung Gaza, hospital ini merawat lebih 5,000 pesakit sedangkan hanya mampu menampung 700 pesakit, selain menjadi tempat perlindungan kepada lebih 45,000 penduduk yang hilang tempat tinggal.

“Tindakan segera boleh membantu menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang awam di Gaza.

“Kami memohon individu, kerajaan dan organisasi di seluruh dunia untuk bersama-sama menangani krisis kemanusiaan yang mendesak di Gaza,” menurut kenyataan itu.

ActionAid turut meminta kerajaan dan masyarakat antarabangsa melakukan segala-galanya untuk segera melaksanakan gencatan senjata, membatalkan perintah pemindahan di Gaza, menjamin perlindungan dan keselamatan sepenuhnya kepada orang awam dan memastikan bantuan kemanusiaan yang dapat menyelamatkan nyawa. -Agensi

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan