25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Palestin: PM perlu nyatakan ugutan, tekanan yang diterima

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan apakah ugutan dan tekanan yang diterima beliau berikutan pendirian Malaysia dalam isu Palestin.

Beliau berkata, dalam ucapan sempena Himpunan Malaysia Bersama Palestin, di Axiata Arena di Bukit Jalil malam tadi, Anwar tidak menjelaskan apakah tekanan dan ugutan tersebut.

“Saya baca laporan berhubung ucapan Perdana Menteri malam semalam yang antara lain menyatakan beliau menerima tekanan dan ugutan ekoran pendirian Malaysia dalam isu Palestin.

“Kita tidak mahu Perdana Menteri yang kita sayang ini diugut dan ditekan kerana isu Palestin

“Sebab itulah saya fikir Perdana Menteri perlu nyatakan apa ugutan dan tekanan itu,” katanya dalam kenyataan menerusi media sosial hari ini.

Perdana Menteri ketika berucap dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin malam tadi berkata, beliau sama sekali tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan walaupun menerima pelbagai tekanan daripada negara barat.

Mengakui perkara itu berlaku terhadap diri beliau, katanya, Malaysia menyampaikan mesej tegas dan tetap menyuarakan dengan lantang tentang pendirian memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Advertisements

“Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan bagi memperjuangkan kebebasan buat Palestin daripada penindasan serta pembunuhan oleh rejim Zionis.

“Ini saya nak tekankan, saya terima banyak teguran, ugutan… saya sebut kamu salah pilih orang.

“Saya tegaskan Malaysia negara bebas dan merdeka. Malaysia akan kekal negara berdaulat yang kekalkan kebebasan dan kebebasan rakyat Palestin,”katanya.

Ahmad Fadhli berkata, sebelum ini beliau tidak mendengar sebarang ugutan atau tekanan diterima oleh Anwar walaupun Perdana Menteri itu pernah mengusulkan agar perbuatan ganas rejim Israel dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).

Bekas Ketua Pemuda Pas itu berkata, jika ugutan tersebut berbentuk ancaman keselamatan beliau menggesa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), khidmat risikan dan lain-lain meningkatkan keselamatan terhadap Perdana Menteri.

Sekiranya ugutan yang dimaksudkan itu berkaitan keselamatan negara, kata beliau, tindakan segera kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan sangatlah dituntut.

“Kita sayang PM (Perdana Menteri) kita. Jika tiada tindakan serius untuk menangani isu ugutan ini, seolah-olah pihak keselamatan sendiri tidak percaya tentang adanya ugutan ini,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Safiq Rahim pula jadi mangsa keganasan bola sepak

MAKIN menjadi-jadi. Selepas dua pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim menjadi mangsa serangan individu tidak bertanggungjawab...

Lagi Artikel Berkaitan