25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

400 pelajar FPBU USIM sertai program kebolehpasaran graduan

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KIRA-KIRA 400 pelajar daripada Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil bahagian dalam program memaksimumkan kebolehpasaran pelajar sebelum bergraduasi baru-baru ini.

Program dinamakan Graduate Employability (GE) itu anjuran Persatuan Pelajar Nadi Thaqafah FPBU USIM dan berlangsung selama tiga hari di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunah (FPQS) USIM di Nilai, Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM, Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin berkata, program tersebut sangat membantu para pelajar yang bakal bergraduasi mempersiapkan diri sebelum memasuki alam pekerjaan.

“GE sangat membantu dalam menghasilkan resume manakala pelbagai aktiviti yang dijalankan mempersiapkan kami menghadapi alam pekerjaan nanti,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, salah seorang fasilitator program tersebut, Nor Farah Suhaimin berkata, secara keseluruhannya program tersebut mencapai objektifnya apabila 80 peratus peserta memberi maklum balas positif.

“Satu program yang paling sempurna berbanding program-program sebelum ini, kerana memberi pengalaman yang cukup bermakna kepada urus setia dan peserta.

“Berjaya mewujudkan suasana yang positif sesama urus setia mahupun peserta,” kata pelajar USIM tahun tiga tersebut.

Dia berharap para pelajar mampu merealisasikan dan mengaplikasikan apa yang mereka pelajari daripada program GE tersebut dalam latihan industri mereka nanti. – Sumaiyah Tuan Mat/Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan