27.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 18, 2024

Thailand batalkan keperluan visa pelancong Taiwan, India

Mesti Baca

THAILAND akan mengetepikan keperluan visa bagi ketibaan pelancong dari India dan Taiwan bermula bulan depan hingga Mei 2024 dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara itu.

Pada September lalu, Thailand membatalkan keperluan visa untuk pelancong China yang menyumbang kepada pasaran pelancongan pra-pandemik teratas negara itu dengan 11 juta daripada 39 juta rekod ketibaan pada 2019.

Berdasarkan data rasmi dari Januari hingga 29 Oktober lalu, sejumlah 22 juta pengunjung ke Thailand, sekali gus menjana 927.5 bilion baht (RM122.2 bilion).

“Pelancong dari India dan Taiwan boleh memasuki Thailand selama tempoh 30 hari,” kata jurucakap Chai Wacharonke.

Advertisements

India menjadi pasaran sumber pelancongan keempat terbesar Thailand setakat tahun ini dengan kira-kira 1.2 juta orang masuk ke negara itu selepas Malaysia, China dan Korea Selatan.

Kemasukan pelancong dari India menunjukkan tanda pertumbuhan apabila lebih banyak syarikat penerbangan dan rangkaian hospitaliti menyasarkan pasaran berkenaan.

Pada tahun ini, Thailand menyasarkan kira-kira 28 juta pelancong dengan kerajaan baharu berharap sektor pelancongan dapat mengimbangi eksport lemah berterusan yang mengekang pertumbuhan ekonomi. -Agensi

Advertisements

Terkini

212 terima penajaan Biasiswa YDPA sejak 2006 – Wan Dahlan

SERAMAI 212 warganegara Malaysia telah menerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) menerusi 19 penawaran sejak diperkenalkan pad 2006 sehingga...

Lagi Artikel Berkaitan