33.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Azmir Saifuddin CEO FINAS yang baharu

Mesti Baca

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan Datuk Azmir Saifuddin Mutalib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa esok sehingga 31 Oktober 2025.

Mengumumkan berita itu, FINAS berkata Azmir adalah individu yang memiliki pengalaman dan berkelulusan Ijazah Pengkomputeran daripada Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom.

“Beliau memulakan kerjaya di Bahagian Kreatif Multimedia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX.

“Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, FINAS yakin Azmir mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sebelum ini, Azmir pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah FINAS antara Januari 2017 hingga 2019.

Terdahulu, FINAS mengumumkan kontrak Prof Dr Md Nasir Ibrahim sebagai CEO agensi itu tamat pada 1 Jun lalu.

FINAS dalam kenyataan berkata, keputusan menamatkan kontrak Md Nasir dibuat sebagai langkah penstrukturan semula badan berkenaan agar dapat membawa perubahan kepada industri perfileman tanah air.

Dalam tempoh interim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Rozita Waty Ridzuan menjalankan tugas CEO sehingga jawatan berkenaan diisi, hari ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tangani dahulu masalah kemiskinan digital – MASSA

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menangani masalah kemiskinan digital terlebih sekiranya mahu menjadikan pendidikan digital sebagai sebahagian daripada sistem...

Lagi Artikel Berkaitan