30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

25 pensyarah ‘berguru’ dengan pelajar USIM

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SERAMAI 25 pensyarah dari institusi pengajian tinggi awam di negara ‘berguru’ dengan para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam pembikinan pastri baru-baru ini.

Para pensyarah terbabit mengadakan lawatan ke Genba Bakery di USIM bagi mengikuti program Proficiency Certificate for Entrepreneurship Educators (Proceed) anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) USIM.

Para peserta Proceed terbabit diajar menghasilkan krim puff dan kuih keju, prosedur pengendalian makanan serta pembungkusan oleh para pelajar USIM.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr. Norhayati Mohd Alwi berkata, hasrat utama mereka melawat Genba Bakery USIM adalah untuk melihat bagaimana pengoperasian sebuah bakeri dalam universiti dari segi penghasilan produk, penjanaan dan pengurusan.

Advertisements

“Di sini kami belajar cara menghasilkan pastri daripada bahan mentah yang dibimbing secara jelas oleh para pelajar USIM ini,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Peserta Proceed diberikan tunjuk ajar membuat pastri di Genba Bakery USIM.

Sementara itu pensyarah UiTM, yang hanya dikenali sebagai Puan Siti berkata, beliau tidak segan-silu untuk belajar sesuatu yang di luar bidang kepakarannya dengan para pelajar USIM.

“Kebiasaannya pensyarah yang akan mengajar, tapi hari ini ia lebih istimewa kerana kami pula yang akan belajar daripada pelajar,” kata beliau.

Selain melawat Genba Bakery, para peserta terbabit turut dibawa mengunjungi inkubator teknologi maklumat, latihan jahitan dan pertanian di bawah kelolaan PKUU USIM. – Afifah Jahira Bahrisha/Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan