32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

KKR rangka inisiatif ‘Smart Traffic Light’ tambah baik sistem

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) telah merangka inisiatif lampu isyarat pintar bagi menambah baik aspek pengurusan bagi penyenggaraan sistem lampu isyarat sekaligus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemasangan lampu isyarat pintar yang dilengkapi dengan teknologi kamera kepintaran buatan (AI) itu akan menjadi nilai tambah kepada keselamatan pengguna jalan raya.

“Ia akan dilaksanakan di persimpangan- persimpangan yang terpilih di seluruh negara terutamanya kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Alexander berkata, KKR komited untuk merealisasikan aspirasi kerajaan dalam pelan tindakan utama Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) dan Rangka Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (Low Carbon Mobility Blueprint – LCMB) 2021-2030 bagi menyokong sepenuhnya agenda melestarikan negara demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, bagi mencapai aspirasi ini, di antara fokus utama KKR adalah untuk menyokong peningkatan penggunaan kenderaan elektrik dalam negara dengan membangunkan infrastruktur pengecas pantas kenderaan elektrik (DCFC) terutamanya di rangkaian lebuh raya utama negara.

“Pada ketika ini, terdapat 22 lokasi pengecas pantas kenderaan elektrik yang telah beroperasi di Lebuhraya kendalian PLUS Berhad disamping 18 lokasi lain yang sedang dalam pembinaan.

Advertisements

Selain itu, katanya, Projek Rintis Stesen Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik (EV) jenis Modular Mudah-Alih dengan sistem simpanan kuasa bateri juga sedang dibangunkan di empat lokasi di Lebuhraya PLUS dimana prestasi sistem pengecasan ini akan dinilai sebelum diperluaskan penggunaannya.

“Pihak KKR bersama-sama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi lebuh raya sentiasa komited menyokong kerajaan untuk berkembang ke arah sebuah negara rendah karbon dengan penambahan lebih banyak stesen pengecas pantas EV di sepanjang lebuh raya pada masa hadapan.

“Keutamaan kementerian adalah untuk dalam meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat diteruskan dengan inisiatif di bawah program Bitara Madani melalui penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal di lebuh raya bertol di Malaysia.

“Fokus utama program ini adalah untuk memastikan infrastruktur yang dibina sepanjang lebuh raya memberikan keselesaan dan keselamatan kepada semua kategori pengguna lebuh raya terutamanya kepada penunggang motosikal di lebuh raya yang merupakan pengguna yang paling vulnerable” terhadap risiko keselamatan.

“Dengan mengambil kira keselamatan dan keperluan penunggang motosikal berteduh semasa cuaca buruk, KKR dengan kerjasama syarikat konsesi lebuh raya telah merancang untuk membina dan menambah baik keseluruhan 119 buah “motorcycle shelter” dengan 40 daripadanya akan disiapkan pada tahun 2023 dan baki 79 buah lagi pada tahun 2024.

“Sejak dilancarkan pada 4 Ogos 2023, sebanyak 29 buah “motorcycle shelter” baharu telah siap dibina untuk kegunaan penunggang motosikal di lebuh raya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan